KUCHING, 4 April: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak memberi jaminan bekalan makanan mencukupi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata harga pelbagai barangan di Sarawak juga masih terkawal.
“Tiada masalah bekalan makanan di Sarawak ketika ini. Pihak KPDN sentiasa memantau dan memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.
Ujarnya, tiada isu mengenai harga barangan ketika ini dan pihak KPDN juga akan mengenakan kawalan terhadap harga barangan yang akan diumumkan kelak.
Dalam masa yang sama, Matthew berkata seramai 53 pengusaha di bazar Ramadan Kota Samarahan menyahut inisiatif Payung Rahmah dengan menawarkan juadah pada harga RM5. – TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.