Gempa bumi itu berlaku pada 9.59 malam waktu tempatan. Foto: BMKG

Gempa bumi gegar Sumatera Utara dirasai hingga Malaysia

ByTVS

JAKARTA, 3 April: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Indonesia di Kota Padang Sidempuan, Sumatera Utara malam ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi itu berlaku pada jam 9.59 malam waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan dan dirasai pada kedalaman 102 kilometer (km) dari darat dan dirasai hingga wilayah Semenanjung Malaysia seperti Perak hingga Kuala Lumpur.

Amaran ke atas gempa susulan selepas ini dikeluarkan pihak BMKG dan tiada amaran tsunami akibat gegaran itu.

Sehingga kini tiada kerosakan dan juga mangsa dilaporkan. -TVS

Berita Berkaitan