Aroma Sungkei – Episod 12 | Resipi Bubur Pedas dan Koktail Buah-buahan

Spread the love

Aroma Sungkei Episod 12 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Isnin (3 April).

Dua sajian yang dipertontonkan ialah Resipi Bubur Pedas dan Koktail Buah-buahan. Ingin berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat mencuba!

 

Bubur Pedas

Bahan-bahan:

100g paket bumbu beras

100g daging cincang

50g kacang panjang, jagung muda, midin, fucuk, cendawan cina

50g tangkai pucuk ubi

5 helai pucuk buas

100g pucuk mengkudu

5 tangkai daun kunyit

5 biji cili kering

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 cawan pati santan

Garam

Gula

100g lobak merah & kentang

Cara memasak:

1. Kisar bawang merah, bawang putih & cili kering Hiris halus & nipis kacang panjang, fucuk, daun mengkudu, daun kunyit & pucuk buas

2. Hiris pucuk ubi, jagung muda, cendawan cina, lobak merah & kentang

3. Tumis bahan kisar, daging dan masukkan bumbu beras sehingga naik bau

4. Masukkan lobak, kentang, bahan yang dihiris halus & nipis

5. Masukkan 500ml air & tunggu sehingga mendidih

6. Masukkan pucuk ubi, jagung muda, cendawan cina

7. Masukkan santan & masak sehingga mendidih

8. Letakkan garam & gula

9. Sedia dihidang

 

Cocktail Buah-buahan

Bahan-bahan:

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat

Buah mangga tin

1 tin laici

1 bekas Nata de coco

1 bungkus sumi Ais batu

Cara membuat:

  1. 1. Campur mangga, nata de coco, sumi dan ais batu
  2. 2. Masukkan susu cair & susu pekat
  3. 3. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.