LIMBANG, 4 April: Seorang wanita yang terlibat kemalangan di sini mendapat rawatan awal daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Limbang.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, insiden berlaku pada jam 4.59 petang semalam itu mengakibatkan mangsa terbaring di bahu jalan susulan mengadu sakit di bahagian pinggang dalam keadaan sedar.

“Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal dari arah Rangau ke menuju ke Bandar Limbang dipercayai bertembung dengan sebuah kereta dari arah Bandar Limbang yang hendak masuk ke Simpang Wisma Persekutuan Limbang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mirwan memberitahu pihaknya, Skuad Alpha memberikan rawatan awal dan menghantar mangsa ke Hospital Limbang dengan ambulans APM untuk mendapatkan rawatan lanjut. -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.