Lelaki OKU hilang ketika pergi ke kebun

Spread the love

TATAU, 1 April: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri hilang ketika pergi ke kebun berhampiran Rumah Panjang Kanyan Kenyarai di sini.

Juong Emok, 52, yang mempunyai masalah mental sejak kecil dikatakan berjalan kaki pergi ke kebun seorang diri pada jam 6 petang pada Rabu dan dilaporkan tidak pulang ke rumah hingga hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Penguasa Kanan Bomba 1(PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 12.05 tengahari Sabtu.

Menurutnya keluarga telah mencuba mencari Juong dengan bantuan penduduk kampung sehingga petang semalam tetapi gagal menemuinya.

Hanya selipar dan beg mangsa ditemui. Foto: BBP Tatau.

“Operasi Mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama pada hari ini dilakukan dalam radius lima kilometer dari lokasi penemuan beg dan seliparnya,” katanya kerika dihubungi hari ini.

Katanya, pencarian turut disertai pihak polis dan seramai 70 orang penduduk kampung menggunakan jalan balak.

Menurutnya, operasi SAR ditangguhkan pada jam 5 petang memandangkan keadaan cuaca gelap.

“Setakat ini masih belum menjumpai apa-apa bukti dari pergerakan mangsa dan operasi akan disambung semula pada esok pagi,” katanya lagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.