Jalan retak di Julau, orang ramai diminta berwaspada

Spread the love

JULAU, 1 April: Orang ramai yang melalui Jalan Merurun di sini diminta untuk berhati-hati berikutan keretakan permukaan jalan akibat tanah runtuh di kawasan terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi tadi.

Keadaan jalan yang retak di Jalan Merurun, Julau. Foto: BBP Bintangor.

Menurutnya, bomba mendapati tanah susur yang berlaku di kawasan berhampiran menyebabkan keretakan pada permukaan jalan raya.

“Kawasan terlibat ialah laluan utama yang menghubungkan Jalan Merurun dengan pekan Julau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebagai tindakan susulan, bomba memasang tali sawar-sawar sebagai peringatan agar orang ramai menjauhi kawasan terbabit.

Pasukan bomba memasang tali sawar-sawar bagi memastikan orang ramai menjauhi kawasan terbabit. Foto: BBP Bintangor.

“Sikap berwaspada amat penting bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Sehubungan itu, saya juga menasihatkan mereka supaya segera menghubungi pihak berwajib sekiranya keadaan bertambah buruk,” ujarnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.