Ular sawa ‘tumpang’ bonet kereta di IPG Batu Lintang

Spread the love

KUCHING, 31 Mac: Kehadiran seekor ular sawa mengejutkan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPG Batu Lintang) apabila reptilia berkenaan dijumpai di dalam ruang bonet enjin kereta, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi kenyataan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.54 pagi dan bergegas ke lokasi.

Sepasukan bomba yang digerakkan ke lokasi mendapati seekor ular sawa berada di bahagian enjin kereta yang di tempat letak kereta.

“Setelah membuat pemeriksaan, pasukan operasi menarik keluar ular terbabit dari enjin kereta menggunakan penjerut,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.