Sebidang tanah diluluskan untuk keperluan tanah perkuburan Samariang hingga 2050 – Abang Johari

Spread the love

KUCHING, 31 Mac: Sebidang tanah untuk keperluan tanah perkuburan Samariang diluluskan penggunaannya sehingga tahun 2050, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini bermakna tanah di kawasan ini telah diambil alih untuk kegunaan pengebumian nanti,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Perasmian SICC di Tanah Perkuburan Islam Semariang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan Kerajaan Sarawak berusaha untuk mengenal pasti lokasi tapak perkuburan untuk kawasan-kawasan lain di negeri ini.

“Kita memang mencari tapak-tapak perkuburan untuk masyarakat kita di tempat lain, kalau di Sibu kita sedia maklum ia sangat padat. Ini berdekatan dengan Masjid Al Qadim, maka kita sudah ada kawasan yang baharu. Begitu juga di Miri,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menyeru penglibatan anak muda agar turut aktif dalam usaha memelihara tanah perkuburan Islam Samariang di sini.

Justeru itu, Abang Johari menyeru graduan muda dengan ilmu tenaga solar untuk membantu membersihkan solar dan memastikan kemudahan solar di sini akan terus menerangi tanah perkuburan pada waktu malam.

“Kita mahu tanah perkuburan ini terang, jadi kita gunakan cara baharu dengan memasang solar.”

“Kalau dulu kita perlu bayar elektrik tapi kini kita gunakan tenaga, dan saya harap anak-anak muda yang mempelajari bidang solar ini dapat membantu masyarakat Islam di sini, jika ada waktu lapang mereka boleh membantu membersihkan solar ini dan memstikan ia terus berfungsi,” tegasnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.