Kongsi keceriaan Ramadan, Toh Puan Raghad agih sumbangan MAKSAK kepada 48 murid sekolah

Spread the love

KUCHING, 31 Mac: Seramai 48 murid-murid sekolah menerima sumbangan sempena Ramadan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Sarawak pada malam Khamis.

Penyerahan sumbangan berupa wang tunai dan baucar disempurnakan isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib di Surau Astana Negeri Sarawak, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menunaikan solat bersama jemaah pada Majlis Penyerahan Sumbangan MAKSAK. Foto: TVS.

Para penerima merupakan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Astana, SK Bako, SK Bandar Samariang, SK Buntal, SK Encik Buyong, SK Gersik, SK Gita, SK Goebilt, SK Kpg Senari, SK Madrasah Datuk Hj Abdul Kadir Hasan, SK Matu Baru dan SK Muara Tebas.

Sumbangan itu bertujuan untuk berkongsi kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Toh Puan Raghad turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama tetamu jemputan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.