TYT, isteri hadir Majlis Iftar Perdana Unimas

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 29 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib berbuka puasa bersama warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Majlis Iftar Perdana UNIMAS itu diadakan di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) merupakan acara  tahunan yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga universiti dan komuniti setempat di sekitar Kota Samarahan bersempena Ramadan.

Dalam majlis berkenaan, Tun Taib yang juga Tuan Yang Terutama Tun Canselor UNIMAS turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM1,000 dari UNIMAS kepada empat buah masjid sekitar Samarahan dan sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Baitul Ihtimam.

Antara masjid yang terpilih ialah Masjid Darul Istiqamah, Kampung Niup; Masjid Darul Falah, Kampung Tanah Putih; Masjid Darul Islam Bersatu, Kampung Melayu dan Masjid Darul Islam Wal Muslimin, Kampung Naie.

Tun Taib dan Toh Puan Raghad turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah di sini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi serta pelajar dan kakitangan UNIMAS. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.