39 maut dan 29 cedera dalam kebakaran di Mexico

Spread the love

CIUDAD JUAREZ (MEXICO), 29 Mac: Sekurang-kurangnya 39 pendatang asing maut manakala 29 cedera dalam kebakaran di penempatan pendatang asing di Mexico pada Selasa (28 Mac).

Kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada jam 10 malam, masa tempatan.

Menurut Institut Migrasi Negara (INM), terdapat 68 pendatang asing dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan yang ditempatkan di situ.

Pihak bomba dan pekerja kecemasan membawa mangsa keluar daripada tempat kejadian untuk mendapatkan rawatan segera.

Sukarelawan turut bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mangsa kebakaran.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.