Earth Hour, warga Kuching diajak padam lampu sejam

Spread the love

KUCHING, 23 Mac: Sempena sambutan ‘Earth Hour 2023’ pada 25 Mac ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara mengajak warga bandar raya ini agar bersama-sama memadamkan lampu selama satu jam.

DBKU menerusi satu kenyataan berkata, ia sebagai tanda sokongan terhadap usaha memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Ia juga sebagai simbolik kepada usaha dan sokongan dunia terhadap keprihatinan mengenai isu pemanasan dan perubahan iklim global serta penjimatan tenaga secara umumnya.

“Luangkanlah masa satu jam itu untuk bersama keluarga atau beramal terutamanya sambutan ini jatuh pada Ramadan yang mulia,” katanya.

Program tersebut akan dilaksanakan selama satu jam bermula pada pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.