MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 20 Mac: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan telah mengeluarkan amaran ribut petir di Sarawak bermula pagi hari ini sehingga jam 9 pagi.

Antara kawasan yang terlibat ialah kawasan Kuching meliputi Kuching dan Lundu, Samarahan, Betong meliputi Pusa dan Betong, Sibu meliputi Selangau dan Mukah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter.

Justeru orang ramai disaran mengambil langkah berjaga-jaga sementara pengguna jalan raya diminta agar berhati-hati melaui kawasan yang dinaiki air. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.