Memperingati 102 tahun wasiat Datu Bandar Abang Muhammad Kassim

Spread the love

KUCHING, 19 Mac: Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah berserta Ihya Ramadan bersama waris Datu Bandar Abang Muhammad Kassim Datu Bandar Abang Bolhassan (DBAK) diketuai Abang Muan Abang Adenan.

Majlis tersebut diadakan bagi memperingati wasiat 102 tahun Datu Bandar Abang Muhammad Kassim.

Program tersebut disertakan bersama taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Wakil Waris 8 (JKWW8) DBAK, Abang Iskandar Abang Muas beserta memperingati wasiat DBAK yang bertarikh 31 Mac 1921.

Ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara Waris DBAK dan juga masyarakat setempat Kampung Segoleng.

Selain itu, majlis tersebut juga merupakan titik mula untuk rancangan Ramah Tamah Aidilfitri pada 14 Mei 2023 yang bakal dianjurkan di pekarangan Rumah Batu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.