Live
  • Berita Sarawak
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Perniagaan
  • Sukan
  • Kolum
  • Gaya Hidup
  • Bahasa
    • BM
    • English
    • Mandarin
    • Iban
TVS
  • Berita Sarawak
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Perniagaan
  • Sukan
  • Kolum
  • Gaya Hidup
  • Bahasa
    • BM
    • EN
    • CH
    • IB
  • Berita Sarawak
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Perniagaan
  • Sukan
  • Kolum
  • Gaya Hidup
  • Bahasa
    • BM
    • English
    • Mandarin
    • Iban
TVS
Home#bm‘Love Scam’ jerat suri rumah di Kanowit hingga rugi RM126,320
Ketua Polis Daerah Kanowit Tega Bilong.

‘Love Scam’ jerat suri rumah di Kanowit hingga rugi RM126,320

By TVS
#bm Berita Sarawak
March 17, 2023 March 20, 2023
Leave a comment
Spread the love
Views: 3,903

KANOWIT, 17 Mac: Seorang suri rumah rugi lebih RM126,000 selepas terjerat dalam sindiket ‘love scam’ menerusi media sosial di sini.

Mangsa berusia 45 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Facebook sejak awal Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan (DSP) Tega Bilong berkata, mangsa telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘James Chong’ kononnya dari Amerika Syarikat.

“Baru-baru ini, pihak kami telah menerima satu laporan daripada seorang pengadu yang merupakan seorang suri rumah warga tempatan berumur 45 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Tega,  mangsa memberitahu bahawa perkenalannya dengan James bermula daripada Facebook pada bulan lepas.

“Mangsa telah dijanjikan hadiah dari luar negara berupa barang kemas dan wang tunai mata US Dolar yang dihantar melalui pos dan merasa teruja dengan pemberian itu.”

“Pengadu kemudian dihubungi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri dari pihak kargo dari Kuala Lumpur meminta pengadu membuat pembayaran ‘pelepasan cukai’ kerana kandungan bungkusan mempunyai barang kemas dan wang tunai yang banyak,” katanya.

Terbuai dengan tipu daya James hingga terbit percaya wanita berkenaan telah membuat pembayaran secara berperingkat sebanyak 13 kali sejak 20 Jan hingga 7 Mac ke nombor akaun bank tempatan berjumlah RM126,320.

Namun, mangsa mulai curiga dan merasakan dirinya telah diperdaya apabila panggilannya telah disekat menjadikannya nekad membuat laporan polis di Balai Polis Kanowit.

“Kes disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” kata Tega.

Sehubungan itu, katanya orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dan sentiasa berwaspada dengan warga maya atau kenalan baharu yang ingin menjalinkan hubungan persahabatan atau bercinta di laman media sosial terutamanya yang menjanjikan hadiah sebagai tanda sayang. – TVS

Tags: love scam, scam Facebook, suri rumah

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Post navigation

Previous Post SUKMA 2024: Sarawak naik taraf fasiliti sukan, bina Velodrom di Kuching#bm Berita SarawakMarch 17, 2023
Next Post Zii Jia tewaskan Naraoka, tempah tiket ke separuh akhir All England#bm SukanMarch 18, 2023
Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Paling Popular
  • Azhan Rani ditemui ketika penggambaran filem 'Tebus', baru-baru ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)
    #bm Hiburan

    Industri perfileman Sarawak perlu lebih ramai penyertaan belia – Pelakon Azhan Rani

    By Nazirah Adlina • March 29, 2023

  • Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib bersama penduduk kampung memasak bubur lambuk pada Program Jelajah Bubur Lambuk di Kampung Lintang, Kuching, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)
    #bm Berita Sarawak

    600 bubur lambuk hasil ‘air tangan’ Toh Puan Raghad diagihkan kepada rakyat

    By Lorenzo Isaac Ak Anthony • March 28, 2023

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama.
    #bm Malaysia

    PM Anwar umum inisiatif tambahan Belanjawan 2023

    By Bernama • March 29, 2023

  • Pegawai Penjara Limbang mengagihkan bubur lambuk kepada para pengguna jalan raya. Foto: TVS.
    #bm Berita Sarawak

    Penjara Limbang berkongsi rezeki, galak bersedekah melalui pengagihan bubur lambuk

    By TVS • March 28, 2023

  • Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Foto: Ayob Khan (Facebook)
    #bm Malaysia

    Ayob Khan pengarah baharu JSJ mulai 16 April

    By Bernama • March 28, 2023

  • Pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak menumpaskan kegiatan penjualan minyak masak paket bersubsidi dalam talian di Matang, Kuching pada Selasa. Foto: KPDN Sarawak
    #bm Berita Sarawak

    Lebih RM6 juta nilai sitaan menerusi 433 kes di bawah akta KPDN di Sarawak

    By TVS • March 29, 2023

  • Ketua Pegawai Esekutif Proton Dr Li Chunrong memperkenalkan X90 sebagai nama rasmi bagi kenderaan tenaga baharu pertama (NEV) Proton. Foto: Proton
    #bm Ekonomi

    Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya

    By Bernama • March 28, 2023

  • Michael Ronnie Langgong (tengah) mempengerusikan mesyuarat DDC Khas Sarikei. Turut kelihatan Datuk Abdullah Saidol dan Rolland Duat Jubin. Foto: TVS
    #bm Berita Sarawak

    Kerajaan fokus kelancaran pelaksanaan projek untuk rakyat – Abdullah

    By TVS • March 28, 2023

  • Anggota bomba, polis dan penduduk kampung berbincang bagi mencari seorang pesara guru dikhuatiri lemas di Sungai Kanowit dekat Sarikei pada malam tadi. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat.
    #bm Berita Sarawak

    Pesara guru dikhuatiri lemas selepas hilang ketika pasang pukat

    By TVS • March 29, 2023

  • Kapal tangki membawa muatan minyak berjumlah 120,000 liter ditahan di perairan Miri pada Isnin. Foto: APMM Miri.
    #bm Berita Sarawak

    Maritim Malaysia rampas kapal bawa muatan 120,000 liter diesel, 9 kru ditahan

    By TVS • March 28, 2023

Latest PhotoView All
  • No posts found.
  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube
  • Twitter
  • LinkedIn
  • TikTok
News Category
  • Breaking News
  • Sarawak
  • Malaysia
  • Dunia
  • Perniagaan
  • Sukan
Programs
  • Highlights
  • The Inspiring Leader
  • Express Yourself with Music
  • Daily Lifestyle & Entertainment
  • Discover Sarawak – Food & People
Navigation
  • Home
  • Schedule
  • News
  • MV League Board
  • Our Host
  • LIVE
  • TVS Pitch-It
  • Podcast
  • Sarawak Decides
  • Malaysia Decides
Support
  • FAQ
  • Contact Us
  • Advertise With Us
  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy
Copyright © 2021, TVSTV. All Rights Reserved.
  • Home
  • Schedule
  • News
  • MV League Board
  • Our Host
  • LIVE
  • TVS Pitch-It
  • Podcast
  • Sarawak Decides
  • Malaysia Decides
Copyright © 2021, TVSTV. All Rights Reserved.

TVS Newsletter

#beInformed #beEntertained with our latest news and original content

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Register

Login

Lost your password?

tvs-pru