Menurut catatan Facebook Polis Kedah, ketibaan beliau bersama delegasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 8 malam disambut oleh Ketua Polis negeri Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Selesai sesi menghadap di Istana Anak Bukit, delegasi Perdana Menteri bergerak ke Makam Diraja Langgar bagi menziarahi Makam Sultan Abdul Hamid sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Turut serta Mufti Kedah Datuk Sheikh Fadzil Awang, Ahli Dewan Undangan Negeri Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf dan Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Mohd Roze Shaari.
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.