MentorClass dedah panduan bayar cukai lebih terperinci

Spread the love

KUCHING, 15 Mac: Bersempena musim pembayaran cukai, Program MentorClass akan diadakan pada Sabtu ini, 18 Mac.

Program berdurasi satu jam bermula pukul 11 pagi itu dibawakan khas oleh pengacara program terbitan TVS, Bujang & Broke, Ryan Lee.

Menurut satu kenyataan hari ini, program berkenaan bertujuan untuk mendidik orang ramai agar memahami topik berkaitan cukai dengan lebih terperinci.

Menurut kenyataan itu lagi, program tersebut juga akan berkongsi berkenaan panda memproses e-filing cukai pendapatan, rebat dan pelepasan untuk membantu memaksimumkan penjimatan cukai serta dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk menguruskan cukai selain memastikan semuanya lengkap.

“MentorClass ini adalah acara terbaik untuk anda mengurus cukai yang efisyen dan tepat,” kata kenyataan terbabit.

Sementara itu, orang ramai yang terlibat di dalam tiga atau lebih MentorClass yang dianjurkan akan mendapat sijil penyertaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.