100 pelajar Kampung Segedup terima bantuan beg sekolah

Spread the love

KUCHING, 15 Mac: Seramai 100 pelajar Sekolah Kebangsaan Stapok dalam kalangan keluarga B40 menerima sumbangan beg sekolah sempena Program Bag to School 2023 di Kampung Segedup di sini.

Sumbangan kelengkapan persekolahan itu telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki.

Sementara itu, menurut Exco N8 Satok, Samsudin Sapri, sumbangan tersebut diperuntukkan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan itu.

“Bantuan beg sekolah ini disasarkan kepada pelajar-pelajar kategori B40 ataupun mereka yang kurang berkemampuan dan pemilihan telah ditentukan oleh setiap ketua Zon kampung Segedup,” katanya.

Samsudin juga memberitahu inisiatif tersebut telah mendapat sambutan baik daripada para ibu bapa yang menerima sumbangan berkenaan.

Persediaan beg sekolah menurut program tersebut telah dianjurkan berikutan permulaan sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan A, manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan B.

Kumpulan A merangkumi Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.