SFC pergiat usaha cari dua buaya terlepas di Pusat Hidupan Liar Matang

Spread the love

KUCHING, 13 Mac: Sarawak Forestry Corporation (SFC) mempergiatkan usaha mencari dan menjejaki dua buaya yang terlepas dari kandang di Pusat Hidupan Liar Matang, di sini.

Baca artikel berkaitan di sini >>> Dua buaya terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang

Ketika dihubungi pagi ini, SFC memberitahu dua reptilia yang dipercayai terlepas ke kawasan Sungai Rayu mengikut laluan air deras pada Sabtu lepas, masih belum dijumpai setakat ini. 

“SFC menjalankan usaha mencari buaya-buaya tersebut di persekitaran MWC dan anak-anak sungai yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada malam tadi.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh SFC termasuklah, menutup kawasan riadah yang berhampiran dengan sungai.

Papan tanda amaran buaya di kawasan Pusat Hidupan Liar Matang dan berhampiran juga telah dipasang dan memasang perangkap buaya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.