Kemunculan ‘sang bedal’ menggemparkan penduduk Tembong Skrang, Simanggang

Spread the love

KUCHING, 13 Mac: Kemunculan seekor buaya di sungai di belakang sebuah rumah panjang di Tembong Skrang, Simanggang pada malam Ahad menggemparkan penduduk.

Seorang penduduk, Imelda Bragie Jimie ketika dihubungi TVS hari ini berkata, panjang buaya tersebut dianggarkan 4.8 meter.

https://youtube.com/shorts/SC79xy_-XNc
Video berdurasi 27 saat menunjukkan seorang buaya muncul di sungai belakang rumah panjang penduduk di Tembong Skrang Simanggang. Video: Imelda

Katanya, buaya itu mungkin muncul disebabkan hujan lebat dan menyebabkan paras air naik. Sungai berkenaan bersambung terus dengan Batang Lupar.

Seorang penduduk rumah panjang menyedari kemunculan buaya berkenaan ketika hendak melihat haiwan ternakannya di belakang rumah pada 11 malam.

“Kemunculan buaya sering berlaku di kampung kami tetapi setakat ini belum ada melibatkan kehilangan nyawa,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.