Dua buaya terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang

Spread the love

KUCHING, 12 Mac: Dua ekor buaya yang masing-masing berukuran tiga meter dan 4.8 meter terlepas dari kandang yang rosak di Pusat Hidupan Liar Matang di sini akibat hujan lebat sejak Jumaat.

Sehubungan itu, Sarawak Forestry Corporation (SFC) berkata pihaknya sedang menjalankan kerja-kerja pengawasan dan pencarian menyeluruh di kawasan sekitar.

SFC menasihatkan orang ramai yang tinggal sekitar Pusat Hidupan Liar Matang agar berjaga-jaga ekoran dua buaya terlepas dari kandang. Foto: SFC

“Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran Pusat Hidup Liar Matang, terutama para penduduk di Kampung Rayu.

“SFC berharap supaya anda (penduduk sekitar) jangan panik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat buaya-buaya berkenaan, diminta menghubungi SFC di 019-8859996. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.