Banjir: Satu PPS dibuka di Kuching

Spread the love

KUCHING, 11 Mac: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sinaran Lumut di sini, bagi menempatkan mangsa banjir.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS itu yang dibuka pada 6 petang tadi menempatkan 14 orang daripada empat keluarga.

Kesemua mereka merupakan penduduk Kampung Buntal di sini.

Laporan itu memaklumkan situasi banjir berlaku susulan hujan berterusan sejak semalam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.