Buaya muncul lagi di pangkalan feri Kampung Gadong

Spread the love

LIMBANG, 9 Mac: Seekor buaya yang naik ke darat di pangkalan feri Kampung Gadong hari ini mengejutkan penduduk dan pekerja feri.

Ia merupakan kemunculan kali kedua sang bedal di pangkalan feri berkenaan selepas kali terakhir dilihat di kawasan sama pada bulan lepas.

Rakaman video berdurasi 37 saat itu turut dikongsi dalam media sosial.

Pengurus feri berkenaan, Omarsedi Tarip memberitahu TVS mengenai kemunculan sang bedal itu yang disedari pukul 3 petang.

“Kehadiran sang bedal itu disedari pekerja-pekerja feri yang hendak menghampiri pangkalan feri. Dulu pun nampak buaya, hari ini nampak lagi, memang seperti pemandangan biasa,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.