Tun Taib terima kunjungan hormat SPANS

Spread the love

KUCHING, 7 Mac: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya di sini, hari ini.

Kunjungan itu diketuai Pengerusi SPANS baharu, Datu Sabariah Putit bersama Timbalannya, Alexander Unya serta barisan ahli yang lain.

Ia termasuk Dayang Joanita Abang Morshidi selaku Setiausaha serta tujuh ahlinya yang terdiri daripada Datu Nicholas Sia, Abdul Rahman Sebli, Alexander Vincent dan Dr Robert Menua.

Antara yang turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dato Simoi Peri, Liew Jiu Ming, Yussibnosh Balo dan Datu Chaiti Bolhassan.

Kunjungan kira-kira 45 minit itu bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu SPANS yang kini diterajui Sabariah.

Beliau memulakan tugas sebagai Pengerusi SPANS berkuatkuasa pada 3 Januari lalu untuk tempoh dua tahun bagi sesi 2023/2024.

Sabariah menggantikan Datu Abdul Ghafur Sharif yang telah menamatkan perkhidmatan selama 11 tahun sejak 2011. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.