JKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan 98 daripadanya adalah bencana banjir, cerun runtuh (21), jalan mendap (enam), jalan runtuh (empat) dan satu jambatan runtuh ataupun rosak.
“Sebanyak 94 kejadian bencana berlaku di Johor, Pahang (29) dan Negeri Sembilan (tujuh),” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada tengah hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.
Ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Tanjung Manis, Daro dan Matu. – TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.