Peruntukan sekolah mubaligh Kristian ditambah kepada RM 20 juta tahun ini

Spread the love

KUCHING, 3 Mac: Kerajaan Sarawak menambah peruntukan daripada RM15 juta kepada RM20 juta untuk membangunkan sekolah mubaligh Kristian di seluruh negeri pada tahun ini khususnya untuk menaiktaraf kemudahan ICT.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata peruntukan berkenaan membuktikan keprihatinan kerajaan Sarawak yang mengamalkan tolerasi dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Sudah tiba masanya Sekolah Mubaligh menerapkan teknologi dan pembangunan ICT dalam kaedah pengajaran dan pembelajarannya.”

Saya bersyukur kerana kerajaan yang dipimpin Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memperkenalkan dana ini pada tahun 2021 yang memperuntukkan RM15 juta setiap tahun untuk pembangunan sekolah mubaligh di negeri ini,” katanya.

Roland berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana kepada Sekolah Mubaligh Sarawak 2022 (Anglican-Diocese of Kuching) di sini, pada Khamis.

Beliau yang juga Penasihat kepada Mission Authority Anglican-Diocese of Kuching, mendedahkan Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang menghulurkan bantuan kepada gereja serta sekolah mubaligh Kristian di Malaysia.

Terdahulu, menurut Roland kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM15 juta pada tahun 2022 lalu.

“Kerajaan negeri mengumpulkan dana ini dan pada tahun ini (2023), peruntukan dana ini dinaikkan kepada RM 20 Juta ringgit dan dari jumlah ini, sebahagian akan digunakan untuk pembangunan ICT di Sekolah Mubaligh,” ujarnya.

Terdahulu, Ronald menyerahkan peruntukan berjumlah RM 5.9 Juta yang merupakan bantuan fasa terakhir 2022 telah disampaikan kepada 49 buah sekolah rendah dan menengah mubaligh Kristian di seluruh Sarawak.

Hadir sama Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Datu Jack Aman Luat, Penolong Bishop Anglican Diocese of Kuching, The Right Reverend Nelson Ugas Bulang dan Pengerusi Sarawak Council of Christian Schools Sarawak Douglas Telajan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.