HONG KONG, 3 Mac: Polis berjaya menahan suspek keenam dalam kes pembunuhan selebriti media sosial, Abby Choi.
Lelaki berusia 41 tahun, merupakan pekerja di sebuah syarikat kapal layar, ditahan pada Khamis kerana disyaki bersubahat dan membantu suspek utama pembunuhan terbabit melarikan diri dari Hong Kong.
Baca artikel berkaitan:
- 1. Polis temui kepala, tulang rusuk dalam periuk sup, dipercayai milik Abby Choi
- 2. Kes bunuh Abby Choi: Empat bekas ahli keluarga ditahan reman tanpa ikat jamin
Pihak berkuasa melaporkan setakat ini, lima suspek telah ditahan termasuklah bekas suami mangsa, Alex Kwong.
Kwong, 28, bapanya Kwong Kau, 65, dan abang Anthony Kwong Kong-kit, 31, didakwa membunuh Choi pada 21 Februari, manakala ibunya, Jenny Li Sui-heung, 63, dituduh menghalang proses keadilan.
Superintenden, Alan Chung berkata, “Operasi mencari anggota badan mangsa di tapak pelupusan sampah telah berakhir, namun gagal.”
Tambahnya lagi, pihak polis akan meneruskan usaha menyelesaikan kes pembunuhan Choi, yang telah menarik perhatian awam sejak 21 Feb yang lalu. – TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.