Sayap Newbees SUPP Senadin sasar 1,000 ahli tahun ini

Spread the love

MIRI, 2 Mac: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin melancarkan sayap pemuda Newbees sebagai usaha mendekati golongan belia menyertai parti itu di kawasan Senadin, Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata pihaknya menyasarkan seramai 1,000 orang keahlian pada tahun ini.

Menurutnya, setakat ini sayap tersebut mempunyai 178 orang ahli.

ADUN Senadin, Datuk Seri Lee Kim Shin menerima cenderamata pada Majlis Pelancaran SUPP Senadin Newbees di Miri, semalam. Foto: TVS

Kim Shin memberitahu sayap tersebut merupakan satu platform untuk golongan belia yang mempunyai minat menyertai aktiviti kemasyarakatan selain arena politik yang bertujuan memartabatkan golongan belia.

“Umur lingkungan 18 hingga 28 tahun ini sudah tentunya mereka mempunyai minat yang sama. Sayap pemuda ini menyediakan platform di mana mereka boleh melakukan minat mereka bersama-sama dan merupakan platform untuk golongan belia belajar,” katanya pada Majlis Pelancaran SUPP Senadin Newbees di Miri, pada Rabu.

ADUN Senadin, Datuk Seri Lee Kim Shin bergambar bersama yang lain selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran SUPP Senadin Newbees di Miri, semalam. Foto: TVS

Menteri Pengangkutan Sarawak itu menambah, Newbees menyediakan pelbagai program yang membantu membangunkan golongan belia terutamanya dalam bidang pembangunan teknologi serta melahirkan usahawan mikro.

“Golongan belia dapat mempelajari pelbagai bidang misalnya pembangunan aplikasi, pembuatan filem melalui aplikasi TikTok. Segelintir belia juga berminat dalam bidang keusahawanan mikro.”

“Jadi, kami melancarkan sayap pemuda ini di Senadin bagi mengumpulkan lebih ramai golongan belia terlibat dalam pebagai program yang dapat membantu membangunkan golongan ini,” jelasnya.

Untuk reeked, Newbees telah dilancarkan pada tahun lepas oleh Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang juga Timbalan Premier Sarawak di Kuching selari dengan inisiatif pelaksanaan undi 18.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.