Mumia ‘Juanita’ ditemui dalam beg penghantar makanan di Peru

Spread the love

PUNO (PERU), 2 Mac: Polis di Peru menemui mumia ‘Juanita’ dalam bag isoterma seorang bekas penghantar makanan pada Sabtu (25 Feb), di sini.

Bekas penghantar makanan itu, Julio Cesar, 26, didakwa sudah menyimpan artifak purba tersebut di rumahnya selama tiga dekad.

Julio mendedahkan mumia berkenaan dipanggilnya dengan nama Juanita selain digelar sebagai ‘teman wanita rohani’.

“Di rumah, dia berada dalam bilik saya, saya menjaganya dan dia tidur dengan saya,” katanya menerusi satu video yang tular di media sosial.

Sementara menurut laporan AFP, mumia dalam beg tersebut ditemui pihak polis ketika Julio bersia-siar di sebuah taman di Puno.

Menurut seorang pakar di Kementerian Kebudayaan, peninggalan pra-Hispanik itu merupakan asalnya seorang lelaki yang berusia sekurang-kurangnya 45 tahun.

Setakat ini, kes masih di siasat pejabat pendakwa raya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.