Lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Engkelili

Spread the love

BETONG, 2 Mac: Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri melanggar penghadang jalan di Kampung Kelukong, Jalan Engkelili di sini, pagi tadi.

Mangsa, Ibrahim Seman, 55, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Betong.

Foto: PGO Sarawak

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mangsa didapati tidak sedarkan diri dalam kejadian berlaku sekitar jam 5.30 pagi.

“Mangsa dikeluarkan daripada kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat Betong tiba di lokasi,” menurut laporan.

Foto: PGO Sarawak

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Operasi menyelamat yang diketuai PBK II Jusmandie Jamaie itu tamat pada jam 7.47 pagi. – TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.