Batang Lupar dan Sungai Tatau catat paras merbahaya

Spread the love

Peta menunjukkan aras air sungai terkini di Sarawak yang dikemaskini setakat 2.45 petang, 1 Mac 2023.

KUCHING, 1 Mac: Dua sungai mencatatkan paras merbahaya di Sarawak susulan hujan berterusan sejak Sabtu lepas.

Laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan setakat 2.14 petang hari ini, Sungai Tatau di Bahagian Bintulu menerusi Stesen Muput mencatatkan bacaan 9.63 meter.

Batang Lupar menerusi Stesen Enteban 2 di Bahagian Sri Aman turut berstatus merbahaya dengan bacaan 9.65 meter setakat 2 petang.

(Klik ikon pada peta untuk maklumat paras air)

 

Pelajar SPM yang dibantu Bomba untuk ke menduduki peperiksaan hari ini. Foto: PGO

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Peta paras air sungai di Sarawak
  2. 2. Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok

Untuk bacaan lebih lanjut, sila klik ikon pada peta di atas untuk mengetahui paras air sungai. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.