Kes bunuh Abby Choi: Empat bekas ahli keluarga ditahan reman tanpa ikat jamin

Spread the love

HONG KONG, 27 Feb: Empat bekas ahli keluarga selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi ditahan reman tanpa ikat jamin selepas dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dan menghalang proses keadilan.

South China Morning Post melaporkan, bekas suami mangsa, Alex Kwong Kong-chi, ibu bapa dan abangnya telah diiringi ke Mahkamah Bandar Kowloon hari ini selepas mereka dikaitkan dengan pembunuhan ngeri model berusia 28 tahun itu.

Seorang suspek 28 tahun dibawa ke hospital selepas ditangkap oleh polis Hong Kong pada 25 Februari 2023. Foto: TVB/Edaran melalui REUTERS

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Kes bunuh Abby Choi: Suspek keenam berjaya ditahan
  2. 2. Polis temui kepala, tulang rusuk dalam periuk sup, dipercayai milik Abby Choi

Kwong, 28, bapanya Kwong Kau, 65, dan abang Anthony Kwong Kong-kit, 31, didakwa membunuh Choi pada 21 Februari, manakala ibunya, Jenny Li Sui-heung, 63, dituduh menghalang proses keadilan.

Polis meneruskan pencarian anggota badan dan tangan Choi selepas tengkorak dan beberapa rusuk dipercayai milik mangsa ditemui dalam periuk sup yang dirampas dari sebuah rumah tiga tingkat di Lung Mei Tsuen pada Jumaat.

(kiri) Polis mengiringi seorang suspek berhubung kes pembunuhan model Abby Choi, di Hong Kong pada 26 Februari. Foto: TVB/ Edaran melalui REUTERS. (kanan) Garisan polis dilihat di luar rumah di mana sebahagian mayat Abby Choi ditemui. Foto: REUTERS/Tyrone Siu

Polis berkata, suspek kelima, seorang wanita 47 tahun bernama Ng, telah ditahan berhubung kes itu namun masih belum didakwa.

Wanita itu dilaporkan menyewa sebuah pangsapuri di Tsim Sha Tsui untuk menyembunyikan bekas suami Choi sebelum dia ditahan polis pada Ahad. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.