Kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun pada Minggu Epidemiologi kelapan

Spread the love

KUCHING, 27 Feb: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun pada Minggu Epidemiologi kelapan iaitu 51 kes berbanding minggu ketujuh sebanyak 64 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia manjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 324,581 kes.

Bagaimanapun, kes baharu COVID-19 dalam kategori satu dan dua sebanyak 48 kes manakala dalam kategori tiga empat dan lima sebanyak tiga kes baharu.

Daerah Kuching merupakan daerah yang menjadi penyumbang utama kes baharu sebanyak 28 kes diikuti Miri (4), Bintulu (4), dan Serian (4) kes.

Tiada kematian direkodkan pada tempoh berkenaan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.