Gempa bumi kuat melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada 5.24 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 77 km barat daya dari Kimbe, PNG.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.