Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak memudahkan warga Sadong Jaya

Spread the love

SADONG JAYA, 24 Feb: Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak dibawakan di sini buat julung kali bagi memudahkan penduduk luar bandar mendapatkan perkhidmatan daripada agensi kerajaan.

Menurut Pegawai Kewangan Persekutuan, Leonard Wilfred Yussin, tujuan utama program berkenaan adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk luar bandar berkenaan dengan kaedah perkhidmatan atas talian.

“Antara agensi terlibat adalah Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pertanian, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya kepada TVS di sini, hari ini.

Selain itu, perkhidmatan bagi mendaftarkan syarikat juga disediakan ujarnya sijil pendaftaran akan turut dikeluarkan serta merta.

 

Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pada Foto: TVS

 

Program sehari itu dianjurkan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Pejabat Daerah Asajaya dan Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya.

 

Penduduk yang sedang beratur untuk menjalankan urusan dengan pihak Agrobank semasa Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak pada hari ini. Foto: TVS

Terdapat 14 agensi lagi menyertai program tersebut ialah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan agensi-agensi lain.-TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.