Premier Sarawak terima kunjungan hormat Salahuddin

Spread the love

KUCHING, 18 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di kediamannya di sini, hari ini.

Kunjungan itu merupakan kunjungan pertama Salahuddin ke Sarawak bagi melancarkan inisiatif Menu Rahmah yang akan diperluaskan untuk rakyat di negeri ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat pertama Datuk Seri Salahuddin Ayub di kediamannya hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Salahuddin  dalam satu kenyataan media pada Sabtu berkata, Menu Rahmah adalah inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak pada harga RM5 dan ke bawah.

Katanya, Menu Rahmah adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh syarikat swasta secara sukarela.

“Berdasarkan maklum balas daripada peniaga yang telah menyertai inisiatif ini, Menu Rahmah telah dijadikan model perniagaan dan bahan promosi untuk menarik pelanggan ke premis mereka. Dengan itu pendapatan mereka dapat ditingkatkan melalui kuantiti jualan yang dapat menampung pengurangan margin dan pada masa yang sama turut bersama-sama dalam usaha kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada MYDIN atas komitmen memperluaskan inisiatif Menu Rahmah ke cawangannya di Sarawak,” katanya.

Untuk rekod, di Sarawak, dua cawangan Pasar Raya Mydin di bandaraya Kuching masing-masing di cawangan Vista Tunku Petra Jaya dan cawangan Samariang merupakan  vendor terawal yang tampil menawarkan Menu Rahmah bermula 4 Februari lalu untuk tempoh tiga bulan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.