Kubur dirosakkan, pelaku disyaki cari barang berharga

Spread the love

BINTANGOR, 18 Feb: Penduduk di Sungai Selemas di sini gempar apabila sekurang-kurangnya 11 buah kubur ditemukan rosak dipercayai akibat perbuatan khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kejadian disedari penduduk pada Rabu lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Meradong pada keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis, Sekam Anoi berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan serta mengesahkan kejadian.

Keadaan sebahagian kubur yang rosak dipercayai angkara individu tidak bertanggungjawab. Foto: IPD Meradong.

“Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan polis masih memburu mereka yang terlibat melakukan perbuatan itu.

“Kita juga masih melakukan siasatan punca sebenar kejadian namun polis tidak menolak kemungkinan pelakunya mencari barang berharga,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, polis mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan apa-apa maklumat berhubung dengan kejadian tersebut menerusi talian 084-693 222 dalam usaha untuk mengesan suspek-suspek yang terlibat dengan jenayah terbabit. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.