Sejahtera Asia tawar tiket saksikan konsert Fabio Asher di BCCK

Spread the love

KUCHING, 17 Feb: Rancangan bual bicara pagi terbitan TVS, Sejahtera Asia mengadakan peraduan khas bagi memberi peluang kepada peminat bertuah menyaksikan konsert Fabio Asher pada 24 Februari ini.

Peminat yang ingin mengambil bahagian hanya perlu menyebut kata kunci Fabio Asher dan memuat naik gambar bersama pengacara Sejahtera Asia, Ghazali Zawawi ke Facebook dan Instagram berserta tanda pagar Ghazali Zawawi (FB) Ghazali.Zawawi (IG), Sejahtera Asia, TVS, Fabio Asher (FB) dan Fabioasher (IG).

Penyanyi terkenal Indonesia itu akan mengadakan persembahan sempena konsert Fabio Asher Live In Malaysia 2.0 di Borneo Convention Center, Kuching (BCCK) pada tarikh berkenaan.

Kata kunci yang peru disebut untuk menyaksikan konsert berkenaan.

Ghazali Zawawi akan berada di sekitar Old Court House atau The Kuching Waterfront pada 18 Februari 2023, Sabtu dan peraduan akan bermula pada pukul 4 hingga 7 petang.

Pengacara Sejahtera Asia, Ghazali Zawawi.

Peraduan ini terbuka kepada semua warga Sarawak.

Semoga berjaya dan jangan lupa share dengan rakan – rakan anda. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.