Pusat Hidupan Liar Semenggoh ditutup sementara Sabtu ini

Spread the love

KUCHING, 17 Feb: Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Kuching akan ditutup sementara pada Sabtu (18 Feb), demikian menurut Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Penutupan itu bermula 2 petang bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi tetamu kehormat dari luar negara.

“Para pengunjung yang merancang untuk mengunjungi Pusat Hidupan Liar Semenggoh pada Sabtu ini, anda disarankan untuk mengunjungi pada Ahad, 19 Februari,” kata SFC menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Produk pelancongan di sini merupakan kawasan bagi orang utan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.