Abang Johari mempengerusikan mesyuarat dengan Ahli-ahli Parlimen GPS

Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini pada Isnin.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen GPS. Foto: Pejabat Premier Sarawak. Foto: Jabatan Premier Sarawak

Pertemuan Premier Sarawak bersama kesemua Ahli Parlimen itu diadakan sempena Persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam.

Difahamkan perjumpaan tersebut juga melibatkan sesi taklimat mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan dan hak Sarawak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.