Kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun kepada 72

Spread the love

KUCHING, 13 Feb: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun pada Minggu Epidemiologi keenam iaitu 72 kes berbanding 108 pada minggu sebelumnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di sini mencecah 324,466 kes sejak dilanda pandemik.

Berdasarkan kategori kes baharu pula, JPBN menjelaskan, sebanyak 69 jangkitan berada pada kategori satu dan dua manakala selebihnya kategori tiga, empat dan lima.

Daerah Kuching merekodkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 31 kes diikuti sembilan kes di Miri.

Sibu pula merekodkan enam kes manakala lima jangkitan baharu dikesan di Samarahan.

Bagi minggu berkenaan juga, tiada kematian direkodkan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.