Kadar OPR dikekalkan bantu kos sara hidup rakyat

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi mengurangkan beban pemiutang yang turut terkesan berikutan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 pagi tadi.

“Tuanku mengambil berat berkenaan dengan hal ini. Baginda juga sangat mengalu-alukan inisiatif Rahmah yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Pada masa sama, kerajaan juga mempunyai batas-batas tertentu untuk campur tangan dalam hal OPR dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) namun akan diusahakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jelajah Menu Rahmah anjuran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Fuziah Salleh.

Sementara itu, Salahuddin menambah, BNM juga akan memberi fokus kepada kepentingan untuk menilai semula kadar OPR supaya ia tidak memberikan bebanan kepada rakyat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.