147 kena saman di Kuching atas kesalahan nombor pendaftaran

Spread the love

KUCHING, 13 Feb: Sebanyak 147 saman berkaitan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini dalam operasi khas baru – baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, operasi berkenaan dijalankan selama tujuh hari, berakhir semalam.

Pihak polis telah menjalankan operasi Ops Khas (nombor pendaftaran) kereta di Kuching. Foto: IPD Kuching

Katanya, pemilik kereta yang nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan boleh dikompaun sebanyak RM150 manakala RM100 bagi motosikal.

“Bagi kesalahan nombor pendaftaran fancy, pemilik kenderaan akan dikompaun sebanyak RM300 dan bagi kesalahan tiada nombor pendaftaran, akan didenda sebanyak RM300,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada masa sama, Ahsmon turut menasihatkan agar pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.