‘Baby hatch’ di BMC, kurangkan kes pembuangan bayi

Spread the love

KUCHING, 9 Feb: Dalam usaha mengurangkan kes pembuangan bayi, Borneo Medical Centre (BMC) akan menyediakan peti pelindung bayi (baby hatch) di sini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia merupakan kemudahan kedua selepas fasiliti sama disediakan di KPJ Kuching Specialist Hospital.

BMC kini dalam peringkat akhir bagi menempatkan lokasi sesuai untuk peti pelindung bayi sebelum ia beroperasi sepenuhnya, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti Remaja Hamil di sini, hari ini.

Peti pelindung bayi itu disediakan kepada ibu yang ingin menyembunyikan identiti tetapi mahu bayi dilahirkan mereka selamat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.