Kuil 200 tahun, tarikan baharu di Bau

Spread the love

BAU, 8 Feb: Kuil Golden Hill Tasik Biru yang wujud sekitar 200 tahun dahulu kini diberi nafas baharu tampil sebagai produk pelancongan Bau.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata dengan adanya nilai tambah terhadap produk pelancongan seperti ini, ia akan merancakkan lagi industri pelancongan Sarawak sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

“Saya telah berkunjung ke Bau beberapa kali dalam tempoh dua tahun ini dan saya dapati banyak perubahan yang telah dilakukan di kawasan ini.

“Seperti jambatan yang melintasi tasik dan kuil ini kalau tidak diberi wajah baharu tidak ada siapa yang tahu dan mahu naik ke atas ini, kecuali mereka yang ingin melakukan ibadat bagi masyarakat Cina,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kuil Golden Hill Tasik Biru di sini, hari ini.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Majlis Perasmian Kuil Golden Hill Tasik Biru di sini, hari ini. Foto: Luqman Muhammad (TVS)

Dalam pada itu Abdul Karim berkata tempat yang memiliki nilai sejarah seperti ini juga adalah produk terbaik dalam industri pelancongan.

“Saya melihat Bau mempunyai sejarah menarik tersendiri,dan mempunyai landskap yang baik. Oleh itu saya berharap masyarakat di kawasan ini untuk sentiasa mewujudkan suasana hormoni dan memberikan layanan mesra lebih-lebih lagi terhadap pengunjung.

“Itulah tugas anda, jangan sia-siakan,” ujar Abdul Karim.

Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holdings Lee Chin Teck telah tampil untuk menghidupkan semula Golden Hill Temple ini dengan melengkapkan ia dengan fasiliti-fasiliti kemudahan bagi memudahkan pengunjung untuk menikmati sendiri pengalaman di puncak Tasik Biru.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Pengangkutan II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.