Hamed Sepawi, tokoh korporat Sarawak dilantik anggota badan penasihat khas Anwar

Spread the love

KUCHING, 7 Feb: Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dilantik sebagai anggota badan penasihat khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan hari ini, Anwar berkata badan penasihat itu akan membantunya selaku Menteri Kewangan.

“Badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican,” katanya.

Badan ini turut dianggotai Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan
Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah.

“Saya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.