COVID-19: Subvarian baharu Kraken dikesan di Indonesia

Spread the love

JAKARTA, 2 Feb: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan kehadiran subvarian Kraken COVID-19 di sini selepas dua orang dijangkiti varian ini.

Salah satu subvarian Omicron XBB.1.5 telah berjaya diuji kelmarin melibatkan seorang warga Poland dan warga Indonesia.

Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit (P2P) Maxi Rein Rondonuwu berkata, pihaknya akan lebih giat menjalankan saringan mengenai varian yang dibawa masuk oleh pengembara dari luar negara.

“Kami akan menjalankan pengesanan melalui makmal ujian PCR dan penjujukan genom keseluruhan untuk mengekang kadar penyebaran varian ini dan segera menjalankan pengesanan kontak rapat kes sedia ada,” katanya.

Bagaimanapun pesakit kes pertama varian Kraken hanya mengadu simptom ringan malah salah seorang daripadanya telah selesai menjalani kuarantin dan disahkan negatif virus COVID-19.

Indonesia kini menggalakan pengambilan vaksin dos penggalak kedua untuk rakyatnya bagi mengehadkan penularan kes COVID-19.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.