Abang Johari tegaskan projek tiang bendera tertinggi dibiayai pihak swasta

Spread the love

KUCHING, 2 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi menegaskan bahawa tiang bendera tertinggi di Malaysia yang akan dibina di sini merupakan projek yang dibiayai sepenuhnya pihak swasta sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (SCR) syarikat terbabit.

Menurut Abang Johari, kerajaan Sarawak hanya berperanan dalam mengenal pasti tapak yang sesuai bagi pelaksanaan projek tersebut.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Tiang bendera tertinggi di Malaysia, struktur ikonik baharu Kuching
  2. 2. Pembinaan tiang bendera tertinggi negara dibiayai swasta – Pejabat Premier Sarawak
  3. 3. Tiang bendera Malaysia tertinggi tanda patriotik Sarawak

“Tidak, itu adalah projek pihak swasta, kerana mereka mahu terlibat sama dan menyumbang sempena ulang tahun ke-60 Pembentukan Persekutuan Malaysia,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut susulan satu laporan media pada Jumaat menyatakan kerajaan Sarawak akan membina tiang bendera tertinggi di negara di kawasan sekitar Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini.

Terdahulu, Pejabat Premier Sarawak pada Sabtu lepas dalam satu kenyataan turut mengumumkan bahawa projek berkenaan akan menjadi satu lagi mercu baharu yang menjadi tarikan pelancong di bandar raya ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.