Polis buru suspek kes samun di kedai runcit Jalan Nanas

Spread the love

KUCHING, 1 Feb: Pihak polis kini sedang memburu seorang suspek lelaki kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Jalan Nanas di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu  pada jam 3 petang, Isnin. 

“Suspek bersenjatakan sebilah pisau telah melakukan samun di kedai berkenaan melibatkan kerugian sebanyak RM900,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sepasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah digerakkan untuk mengesan suspek.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis mengalu-alukan orang awam untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan suspek yang masih bebas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.