Armizan melawat PPS SMK Tandek yang menempatkan mangsa banjir di Kota Marudu hari ini. Foto: Bahagian Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas

Sabah paling teruk terkesan banjir dalam luruan MTL 2022/2023

ByTVS

KOTA MARUDU, 28 Jan: Sabah menjadi negeri paling teruk terkesan akibat banjir dalam luruan Monsun Timur Laut 2022/2023 (MTL 2022/2023) setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata seramai 10,312 orang mangsa daripada 3,564 keluarga melibatkan lima daerah sedang berada di 33 PPS di Sabah setakat 27 Januari.

Manakala, sejak bermulanya MTL musim ini seawal bulan Oktober hingga 27 Januari 2023, jumlah keseluruhan mangsa banjir dan air pasang besar yang berpindah ke PPS di Sabah adalah seramai 13,480 orang daripada 4,675 keluarga dengan melibatkan pembukaan 70 PPS.

Seramai 10,312 orang daripada 3,564 keluarga melibatkan lima daerah sedang berada di 33 PPS di Sabah setakat 27 Januari. Foto: Bahagian Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas

“Hari ini saya melawat PPS SMK Tandek yang menempatkan mangsa banjir di Kota Marudu. Setakat 27 Januari, daerah ini paling teruk dilanda banjir dengan 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS,” katanya.

Menurut beliau, tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi bertanggungjawab.

Baca artikel berkaitan: Banjir Sabah: Lima jalan terputus hubungan di Kudat

Jelasnya, pengurusan bencana banjir di Kota Marudu berjalan lancar dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri.

Sementara itu, Armizan memberitahu penyediaan makanan menerusi teknologi retort sebagai juadah awal untuk mangsa banjir di PPS dilaksanakan buat pertama kali.

Katanya, penggunaan retort food adalah langkah alternatif kepada penyediaan makanan secara konvensional untuk mangsa yang baru tiba di PPS.

Armizan melawat PPS SMK Tandek yang menempatkan mangsa banjir di Kota Marudu hari ini. Foto: Bahagian Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas

“Pendekatan ini amat bersesuaian untuk memastikan makanan dapat disediakan dengan segera kepada mangsa yang baru tiba selain menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat.

“Saya mendapat maklum balas positif daripada mangsa berhubung pembekalan retort food. Namun mengambil kira pelaksanaan masih dalam peringkat rintis, penyediaannya masih terhad dan belum meliputi semua PPS.

“Atas sebab itu, kita masih menerima aduan kelewatan penyediaan makanan untuk mangsa yang baru sampai di sesetengah tempat. Saya melihat wujud keperluan agar penggunaan retort food sebagai makanan kali pertama untuk mangsa yang baru tiba di PPS wajar diperluaskan di Sabah,” katanya. – TVS

Berita Berkaitan